Zong Heng Motors Sdn. Bhd. – Kecermelangan Berterusan
Rupanya mudah untuk mencari kedai Zong Heng Motors Sdn. Bhd. ini di Bukit Baru, Melaka walaupun saya tidak menggunakan GPS. Anda hanya perlu menunggang terus dari plaza tol Ayer Keroh. Anda akan menjumpai sebuah bangunan yang berwarna biru yang membezakannya daripada bangunan di sekelilingnya, apatah lagi dengan panel photo opp GIVI di dinding sebelah. Ruang letak motosikal di luar bangunan serta bilik pameran dipenuhi oleh motosikal Suzuki dan Kawasaki.
Di atas ini ialah sebuah dinding yang mempamerkan poster GIVI. Ya, memang betul, inilah tempat untuk anda yang ingin mencari barangan GIVI yang terbaharu di Melaka. Zong Heng Motors sebernarnya merupakan GIVI Centre yang pertama di Malaysia, sebelum GIVI Point ditubuhkan.
Hari ini, kami berbual dengan En. Kon Kok Pin yang merupakan bos kedai ini.
Borak-borak mengenai kedai
GIVI Asia (GV): Terima kasih kerana berjumpa dengan kami hari ini.
Kok Pin (KP): Sama-sama dan saya gembira dapat berjumpa lagi.
GV: Bilakah Zong Heng Motors ditubuhkan?
KP: Kita bermula pada 1979. Syarikat ini ditubuhkan oleh ayah saya, Kon Tien Shin
GV: Apakah falsafah perniagaan yang utama bagi Zong Heng Motors?
KP: Sejak kami bermula, falsafah kami ialah mengenai kepuasan pelanggan yang sepenuhnya. Kami sangat menghargai hubungan pelanggan kami bersama kami. Anda boleh lihat satu generasi ke satu generasi keluarga yang sama yang masih melanggan dengan kami.
GV: Perkhidmatan yang anda sediakan?
KP: Kami menyediakan segalanya: Jualan motosikal, alat ganti, servis, aksesori, pembaharuan cukai jalan dan insuran, tuntutan insuran. We sebenarnya merupakan kedai one-stop (kedai sehenti) bagi segala keperluan penunggang motosikal.
GV: Apakah cabaran yang terbesar untuk kedai-kedai motosikal sekarang?
KP: Cabaran terbesar ialah penjual yang menjual barangan di platform atas talian dengan harga yang tidak mengikut harga yang sepatutnya dan tidak masuk akal. Bagi barangan yang tidak “ori” pulak, pelanggan kami dapat membezakan antara yang “copy ori” dengan yang tulen, khususnya daripada segi harga.
GV: Apakah cabaran terbesar untuk industri motosikal di Malaysia?
KP: Terdapat terlalu banyak jenama dan barangan yang bersaing antara satu sama lain di dalam pasaran kerana zaman sekarang merupakan ekonomi antarabangsa. Keadaan ini berbeza dengan negara lain di mana hanya terdapat beberapa jenama yang berada di dalam pasaran mereka. Masalahnya pasaran Malaysia lebih kecil.
GV: Apakah rancangan masa depan untuk Zong Heng?
KP: Kami akan meneruskan serta memperbaikki mutu servis pelanggan kami. Selain daripada itu, kami juga mungkin akan memula menjual produk kami di atas talian.
GV: Anda merupakan GIVI Centre yang pertama di Malaysia?
KP: Ya betul, kami bermula sebagai GIVI Centre pada 2012. Sebab itu anda boleh mencari hampir semua produk GIVI di sini.
GV: Apakah pendapat pelanggan anda mengenai produk GIVI? Harap anda boleh berterus-terang.
KP: Pelanggan dan pengguna barangan GIVI berpendapat bahawa jenama ini sinonim dengan kualiti dan keselamatan. Selain daripada itu, produk jenama ini boleh tahan lama.
Namun, cabaran terbesar ialah barangan daripada negara China yang boleh meniru 90% apa sahaja, dan menjualnya pada harga yang tidak masuk akal. Apapun, harga yang itu juga menunjukkan (kekurangan) kualiti produk itu. Produk-produk ini, khasnya boks menggunakan rak GIVI! Saya yakin yang GIVI boleh membuat sesuatu untuk menandangi isu ini.
Penutup
Sebagai penutup, adakah anda menetap di Melaka atau di sekitar sana? Ataupun anda menunggang motosikal ke Melaka? Jika ya, silalah kunjungi Zong Heng Motors Sdn. Bhd. untuk segala keperluan bermotosikal anda.
ZONG HENG MOTORS SDN. BHD.
No. 6089-C, Jalan Bukit Baru
75150 Melaka
Tel: 016-665 9628