TUNGGANGAN MOTOSIKAL BUKAN SEKADAR MENUJU DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT YANG LAIN. TETAPI IANYA ADALAH SATU MINAT DAN SEMANGAT YANG KENTAL YANG SENTIASA ADA DALAM DIRI SEORANG PENUNGGANG.

GIVI adalah salah satu jenama aksesori motosikal terkemuka dunia yang sudah hampir 43 tahun penubuhannya di dalam bidang permotoran. Terkenal dengan penghasilan aksesori-aksesori motosikal berkualiti tinggi, Syarikat Utama GIVI kini sedang berpengkalan di Flero (Brescia), Itali. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1978 hasil usaha inisiatif Encik Giuseppe Visenzi, yang juga merupakan bekas penunggang motosikal satu ketika dahulu. Kini, GIVI adalah syarikat terkemuka dunia yang telah mempunyai lebih dari 85 negara seluruh dunia seterusnya dapat menembusi pasaran global dengan rangkaian pengedarannya yang luas.

Kejayaan GIVI diteruskan dengan penubuhan GIVI ASIA pada tahun 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia. Sejak ianya bermula, GIVI ASIA terus berusaha gigih untuk menghasilkan dan menyampaikan produk berkualiti tinggi di seluruh Asia yang memenuhi standard Eropah dan Antarabangsa yang ketat. Dengan hasil usaha, kepercayaan dan kejayaan demi kejayaan selama 27 tahun, kini GIVI Asia telah mempunyai lebih daripada 300 lebih pengedar seluruh Malaysia dan kami juga merupakan ibu pejabat serantau untuk lebih 20 pengedar bebas di Jepun, Taiwan, Singapura, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Indonesia, Korea dan India.

GIVI Asia telah menjadi sebahagian daripada Kumpulan GIVI berdekad lamanya, sentiasa memastikan reputasi tinggi GIVI dan prestij di seluruh dunia di satu tahap yang membanggakan melalui harga, perkhidmatan yang cemerlang serta kualiti tahap tertinggi. Setiap hari, GIVI ASIA membawa semangat dan kualiti GIVI ke pasaran Asia yang kini kian berkembang bagi menjadikan setiap perjalanan kekal selamat serta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.