Yamaha XMAX (2023) Dilancarkan, Harga Bermula RM23,998
01 Ogo 2023
Buletin, Yamaha XMAX 250 (2023), Yamaha XMAX, Yamaha, XMAX, Yamaha XMAX (2023) [Sassy_Social_Share]

Yamaha XMAX (2023) yang ditunggu-tunggukan telah dilancarkan di Malaysia, pada harga yang kompetitif bermula daripada RM23,998.
Menurut Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., sekmen skuter automatik 250cc telah menunjukkan perkembangan yang positif sebanyak 266% sejak 2018. Yamaha XMAX-lah yang berupakan mendorong perkembangan ini sebagai model motosikal yang paling popular.
Seperti yang diharapkan, model 2023 ini mencirikan beberapa pembaharuan yang canggih, serta mengekalkan ciri-ciri lama yang membuatkannya amat popular.
Enjin
- Enjinnya kekal sama kerana ia merupakan sebuah trenkuasa yang terbukti.
- Ia merupakan jenis 249cc, silinder tunggal, SOHC, 4 injap, penyejukan cecair, dan menepati piawaian Euro 4.
- Ia menghasilakn 22.5HP pada 7,000 RPM dan tork 24.3NM pada 5,500 RPM.
Rekabentuk
- Bentuk keseluruhannya masih mengekalkan identiti Yamaha XMAX, daripada pelbagai sudut.
- Perubahan paling ketara ialah kepada lampu depan dan belakang, yang membuatkan bentuk huruf “X” apabila lampu dihidupkan.
- Lampu signal model baharu ini telah diubahkan posisinya daripada bahagian sisi ke bahagian atas agar ia lebih senang dilihat.
- Pelana baharu yang lebih tirus. Yamaha mendakwa bahawa ia lebih selesa, tetapi kami juga rasa ia akan memudahkan penunggang menjejakkan kaki di atas lantai.
Elektronik
- Terdapat skrin TFT yang baharu dan dibahagi kepada dua bahagian.
- Ia bercirikan Yamaha Y-Connect yang membolehkan penunggang memautkannya kepada telefon pintar melalui Bluetooth.
- Satu lagi ciri ialah paparan navigasi Garmin StreetCross.
Warna dan harga
- Terdapat dua warna untuk Yamaha XMAX (2023) iaitu Max Silver dan Icon Blue.
- Ia boleh didapati di pengedar Yamaha Big Bike yang sah bermula minggu depan ketika ia dilancarkan.
- Seperti yang tertera di atas, harganya bermula daripada RM23,998 (tetapi bukan harga atas jalan).