PERLINDUNGAN BAHAGIAN MEKANIKAL GIVI BUAT MOTOSIKAL
-
Beberapa bahagian motosikal terdedah kepada benda berbahaya.
-
Motosikal anda akan berterima kasih kepada anda setelah memasang aksesori ini.
-
GIVI menghasilkan banyak aksesori bagi semua saiz motosikal.
Penggembaraan motosikal adalah sebahagian daripada aspek gaya hidup motosikal yang paling menyeronokkan dan bermanfaat buat para penunggang.
Walau bagaimanapun, adalah bodoh untuk melakukkan penggembaraan motosikal tanpa melengkapkan motosikal anda dengan beberapa peralatan yang diperlukan. Walaupun menyeronokkan, menunggang dalam keadaan kasar mempunyai risikonya sendiri. Batu boleh meragut sebahagian daripada motosikal, atau mungkin mengalami kerosakan yang ringan sahaja.
Tetapi jangan risau, kerana GIVI mempunyai penyelesaiannya.
GIVI OIL CARTER PROTECTOR
“Oil carter” ialah terjemahan langsung daripada bahasa Itali yang bermaksud kuali minyak atau bah minyak. Diketepikan semantik, batuan atau akar pokok yang sesat dengan mudah boleh memecahkan atau menusuk tangki minyak yang mengakibatkan pembuangan minyak enjin serta-merta. Oleh itu, pelindung bah minyak adalah satu keperluan. Malah, bahagian sebegitu juga sangat praktikal untuk tunggangan jalan raya kerana malang selalunya tidak berbau. Selain itu, GIVI Oil Carter Protector juga melindungi sebahagian daripada tiub bawah ekzos.
Anda tidak perlu risau tentang berat atau kakisan kerana diperbuat daripada logam paduan aluminium yang tahan lasak.
GIVI menghasilkan Oil Carter Protector untuk hampir semua motosikal pengembaraan yang popular.
Pelindung Radiator GIVI
Pelindung radiator adalah satu kemestian bagi mana-mana radiator motosikal, tidak kira ia adalah penyejuk cecair atau penyejuk minyak, dan sama ada seseorang itu menunggang di “off-road” atau di jalan berturap. Sebarang objek terbang yang dilemparkan ke laluan motosikal atau mengambil roda hadapan motosikal sendiri boleh menusuk radiator.
Pengadang radiator GIVI diperbuat daripada panel jejaring keluli tahan karat yang kuat dan boleh dipasang tanpa mengubah suai motosikal kerana terdapat kit pemasangan yang direka khusus untuk setiap motosikal.
PENGAWAL ENJIN GIVI
Juga dikenali sebagai “palang ranap” – Crash Bars, bahagian ini melindungi bahagian tepi enjin dan bahagian rangka motosikal sekiranya berlaku kemalangan atau terbalik. Ini benar-benar sukar dan telah diuji secara menyeluruh semasa pengembaraan Let’s Get Dirty with GIVI, serta pengembaraan GIVI Wilderness Ride di Afrika Selatan. Bergantung pada jenis dan motosikal, ia mempunyai faedah tambahan untuk menyelamatkan bahagian badan motosikal juga.