GIVI B32N Bold Top Box
Bawa lebih banyak dalam kotak simpanan yang kecil
Selain kotak simpanan pilihan ramai iaitu E43NTL Mulebox, B32N Bold juga merupakan antara salah satu kegemaran ramai penunggang motosikal sejak ianya dilancarkan. Reka bentuknya yang petak sama seperti E43NTL, ianya bukan hanya boleh menyimpan banyak barang, tetapi ianya juga sesuai untuk semua jenis motosikal.
Ciri-ciri:
- Bahan PP yang kuat dan tahan lama.
- Kapasiti penyimpanan 32 liter.
- Boleh memuatkan satu topi keledar “Fullface”.
- Kalis air daripada hujan.
- Bentuk kotak yang memudahkan untuk membawa barang.
- Membawa hingga 3kg dengan racking motosikal jenis MV, 5kg dengan racking motosikal jenis HRV.
- Sistem keselamatan Monolock® – hanya satu “klik” untuk dikunci.
Pengalaman Penggunaan:
GIVI telah menerima banyak maklum balas positif mengenai kotak simpanan B32N Bold. Sebilangan besar memberi pujian berkenaan dengan ruang penyimpanan yang besar dan kekuatannya dalam menampung berat muatan.
Bahagian penutup dan bahagian bawah kotak cukup dalam untuk memuatkan banyak barang. Direka berbentuk kotak, anda boleh memasukkan barang dengan lebih mudah kerana tidak ada sudut yang terpencil. Terdapat lebih dari cukup ruang untuk baju hujan GIVI dan beg galas kecil.
Sistem penguncian Monolock® menjadikan hidup anda lebih mudah semasa menutup kotak – anda hanya perlu menarik penutupnya sehingga terkunci. Pembukaan adalah dengan membuka kunci dengan kunci, menekan butang besar dan mengangkat penutupnya.
Kotaknya juga ringan, walaupun terbuat dari PP (polipropilena) yang sangat tahan lama dan berkualiti tinggi, memudahkan anda membawa ke mana sahaja.
B32N Bold adalah pilihan terbaik jika anda mahukan kotak simpanan yang yang ringkas dan padat.
GIVI B32N Bold dijual di pasaran bermula pada harga RM 255.00 (termasuk SST). Raking motosikal dijual secara berasingan.
Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI