Format Sesi Latihan dan Kelayakan yang Baharu untuk Kelas MotoGP Musim 2023
Kita akan menyaksikan format sesi latihan yang baharu bagi kelas MotoGP musim 2023 apabila kejohanan tersebut kembali beraksi di litar Silverstone pada 6 Ogos, setelah mereka berehat selama 3 minggu untuk musim panas.
Format baharu ialah seperti berikutnya:
- Free Practice 1 (FP1) atau sesi Latihan Bebas 1 pada pagi Jumaat – masa yang dicatatkan oleh para pelumba tidak akan diambil kira untuk sesi kelayakan Qualifying 1 (Q1) dan Qualifying 2 (Q2).
- Practice atau sesi Latihan pada petang Jumaat – masa yang dicatatkan oleh para pelumba akan menentukan kelayakan ke sesi Q1 atau Q2. Sepuluh pelumba terpantas akan memasukki sesi Q2 secara automatik.
- Free Practice 2 (FP2) atau sesi Latihan Bebas 2 pada pagi Sabtu – masa yang dicatatkan tidak diambil kira.
Sebelum musim 2023, FP1 pada hari Jumaat merupakan sesi yang digunakan oleh pasukan MotoGP untuk membuat set up jentera mereka. Oleh itu, segala masa yang dicatat oleh pelumba tidak diambil kira.
Pelumba akan cuba membuat lap yang terpantas di dalam FP2 dan FP3 untuk kelayakan samada ke sesi Q1 atau Q2. Dua pelumba terpantas di sesi Q1 akan memasukki sesi Q2 untuk merebut 12 tempat grid permulaan bagi perlumbaan utama pada hari Ahad. FP4 pada pagi Ahad juga digunakan untuk membuat set up terakhir.
Namun, semuanya telah berubah sejak pengenalan Perlumbaan Sprint (Sprint Race) kepada kelas MotoGP musim 2023. Sebelum pusingan di Silverstone, FP1 dan FP2 telah menjadi sesi-sesi di mana catatan masa pelumba diambil kira. FP3 pula digantikan dengan Perlumbaan Sprint. Oleh itu, setiap pasukan dan pelumba hanya ada sesi Practice (Latihan) yang menggantikan FP4 pada pagi Ahad sahaja untuk membuat persiapan kali terakhir.
https://www.givi.com.my/apakah-maksud-motogp-sprint-race-mulai-2023/?lang=ms
Format itu telah menerima respon yang kurang senang di kalangan pasukan dan para pelumba kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persiapan. Pelumba juga terpaksa menunggang pada tahap maksimum sebaik sahaja mereka tiba di litar pada hari Jumaat. Ada juga yang meluahkan pendapat bahawa format ini menghasilkan situasi yang merbahaya dan buktinya ialah peningkatan jumlah kemalangan serta kecederaan kepada pelumba pada musim ini.
Struktur latihan dan kelayakan yang baharu ini telah dipersetujui sebulat suara oleh pasukan-pasukan MotoGP. Oleh itu, Suruhanjaya Grand Prix meluluskan cadangan tersebut.