Evolusi Produk Givi
Semua yang terbaik sejak 1978
GIVI kini di serata dunia untuk aksesori motosikal. Tetapi semuanya bermula dengan visi pengasas Giuseppe Visenzi pada tahun 1978.
Visenzi adalah seorang pelumba grand prix motosikal dunia dari tahun 1962 hingga 1970. Bermula dari kategori 125cc, naik ke kelas 350cc di mana beliau berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan pada tahun 1969 di belakang Giacomo Agostini dan seorang lagi dari Itali, Silvio Grassetti.
Setelah mengundurkan diri dari perlumbaan aktif, Visenzi mendapati bahawa terdapat beberapa aksesori untuk pelumba. Terdapat banyak barang untuk meningkat prestasi pelumba , tetapi kurang difokuskan pada keselesaan dan keselamatan.
Inilah yang mendorong beliau untuk memulakan organisasi, yang dia namakan “GIVI” sebagai gabungan nama depan dan belakangnya – GIuseppe VIsenzi.
Terdapat banyak pengeluar aksesori motorsikal tetapi GIVI lebih focus pada standard kualiti, keselesaan, dan reka bentuk Itali yang tidak dapat ditandingi.
Di sini, kami mengesan evolusi beberapa produk GIVI terhebat sejak tahun 1978.
1978 – PENUTUP ENJIN GIVI
Penutup enjin yang direka dan dihasilkan untuk melindungi bahagian enjin motosikal. Dilihat dari depan di sebelah kiri, produk itu berbentuk huruf “G.”
1979 – KOKPIT
Pameran Motosikal sehingga ke masa itu tidak mempunyai pameran yang dipasang sebagai aksesori motorsikal yang mempunyai kualiti yang terbaik. Jadi, GIVI adalah antara yang pertama menyertai pameran untuk motorsikal 250cc dan 1000cc.
1980 – RAK BOKS SERBA GUNA
Rak bagasi GIVI muncul pertama kali pada tahun 1980. Ia membolehkan penunggang menggunakan boks dan bagasi mereka untuk keselesaan, daripada mengorbankan tempat duduk penumpang.
1980 – BEG TANGKI SERBA GUNA
Beg tangki pertama yang dikeluarkan oleh GIVI pada tahun ini . Oleh kerana penunggang kini dapat meletakkan barang-barang mereka di rak belakang, bahagian atas tangki adalah salah satu tempat yang terbaik untuk meletakkan bag.
1983 – E34 MONOKEY TOP CASE DAN MONOKEY LOCK
Ini adalah tahun pertama boks pertama GIVI pertama kali muncul. Boks itu mempunyai ruang simpanan 34 liter. Sistem MONOKEY telah memudahkan untuk membuka dan mengeluarkan boks. Dan ia hanya memerlukan satu kunci.
1985 – SISTEM MONORACK
Sistem MONORACK diperkenalkan. Ini bermaksud bahawa satu rak dapat digunakan untuk berbagai boks GIVI, daripada setiap boks mempunyai rak tersendiri.
1990 – BOKS E10 DAN E20 MONOLOCK
Sistem MONOLOCK didatangkan pertama kali dengan dua boks ini. E20 terus menjadi jualan terlaris sehingga disebut “kotak sejuta jagat” (Boks untuk sejuta jiwa) di Indonesia.
1995 – BOKS E460 MONOKEY
Boks E460 adalah yang boks pertama yang kapasiti besar melebihi 40 liter.
1999 – BOKS SISI TEPI E21 MONOKEY
oks Sisi Tepi GIVI pertama diperkenalkan kepada dunia pada tahun ini. E21 antara yang terlaris sehingga kini.
1999 – BEG MOTORSIKAL
GIVI juga memperkenalkan beg motorsikal pada tahun itu. Beg itu dihasilkan dari bahan tahan lasak dan dilengkapi dengan penutup hujan.
1999 – RUCKSACKS
Dengan perubahan masa GIVI juga memperkenalkan RUCKSACKS. Sejak dari itu mereka telah memperbaiki selama bertahun-tahun sehingga mencapai tahap kualiti GIVI sehingga kini.
2002 – TOPI KELEDAR JET 10.1
Jet 10.1 adalah topi keledar pertama yang dikeluarkan oleh GIVI. Direka bentuk berdasarkan piawaian terkini, ia mewakili pendirian syarikat yang mengutamakan keselamatan penunggang.
2003 – BOKS V46 MONOKEY
Boks V46 menjadi salah satu produk GIVI yang paling dikenali dan mendapat perhatian menyeluruh. Ini menggabungkan reka bentuk itali dan kapasiti Boks sekali gus kepercayaan terhadap boks ini.
2005 – TOPI KELEDAR MUKA PENUH H9000
Topi keledar muka penuh GIVI muncul tahun ini.
2006 – BOKS SISI TEPI V35 MONOKEY
V35 dilancarkan pada tahun 2006 tetapi ia terkenal di kalangan penunngang motosikal besar sehingga V37 dilancarkan pada tahun 2019. Itu antara pilihan untuk pemilik Kawasaki Versys 650 dan ER-6 di mana mereka berada.
2008 – TOPI KELEDAR MODULAR X.01
Topi keledar modular X.01 bukan “flip-up” tetapi bahagian bar dagu dikeluarkan, ia menjadi topi keledar terbuka jenis jet. Ini menjadikan topi keledar X.01 Tour yang sangat popular di kalangan pengembara dan topi keledar ini telah memenangi anugerah . Topi keledar pengembaraan.
2009 – BOKS MAXIA 3 E55 MONOKEY
MAXIA 3 E55 adalah boks terbesar yang pernah dijual oleh GIVI. Reka bentuknya menjadikan boks itu kelihatan lebih kecil dari, dan reflektor memberikan reka bentuk mewah.
2009 – CERMIN HADAPAN AIRFLOW
Salah satu produk pertama yang dipasarkan GIVI adalah fairing, jadi cermin depan AIRFLOW telah aksesori motorsikal yang melengkapnya. GIVI menawarkan cermin depan untuk pelbagai pilihan motosikal, dan ia telah dihasilkan dari bahan bahan yang terbaik .
2010 – BOKS TREKKER MONOKEY
Ini adalah tahun, TREKKER telah dilancarkan. Boks trekker ini telah dihasilkan dengan mengambil kira bagi penunggang yang menjelajah dengan jarak jauh. Boks ini terkenal kerana ketahanan yang menyeluruh dari setiap aspek.
2010 – SISTEM TANKLOCK
Sistem pemasangan beg tangki TANKLOCK menjadikan pemasangan beg tangki menjadi lebih selamat dan selesa berbanding sebelumnya. Rak TANKLOCK membolehkan pemasangan dan mudah untuk dibuka, serta penggunaan beg tangki yang selamat.
2013 – BOKS TREKKER OUTBACK
GIVI menceburkan diri dalam pembuatan boks aluminium TREKKER OUTBACK setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan. TREKKER OUTBACK kini diminati di kalangan ramai penunggang pengembaraan kerana ketahanan secara menyeluruh.
2016 – TOPI KELEDAR MUKA PENUH H40.5 KARBON
Topi keledar muka penuh yang mempunyai lapisan karbon GIVI pertama dilancarkan pada tahun ini. Direka dengan merangkumi semua aspek yang terbaik untuk penggunaan yang selesa bagi semua penunggang yang meminati memakai topi keledar muka penuh.
MASA DEPAN
GIVI telah berkembang secara meluas dari segi pembuatan produk produk aksesori motorsikal sehingga mustahil bagi kami untuk menyenaraikan semuanya di sini. Tetapi anda harus percaya bahawa kami akan mematuhi prinsip kualiti dan kebolehpercayaan kami untuk memberi manfaat kepada anda sebagai penunggang.
Yakinlah bahawa dekad baru ini akan sangat menarik.
Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI