HARI KELUARGA GIVI
HARI KELUARGA GIVI 13 OGOS 2016, LOST WORLD OF TAMBUN
GIVI Asia (13 OGOS 2016) – GIVI telah mengadakan “Hari Keluarga” 2 hari 1malam di Lost World of Tambun, Ipoh. Program ini diadakan buat para pekerja untuk lari dari kesibukan dan kepenatan kerja harian. Aktiviti santai ini telah melibatkan seluruh warga kerja GIVI Asia serta keluarga mereka untuk bersama-sama santai dan bersuka ria sesama sendiri. Menurut Pengarah Urusan GIVI Asia, Encik On Hai Swee, program ini diadakan adalah sebagai tanda terima kasih kepada semua kakitangan syarikat atas komitmen yang mereka berikan sehingga kami berjaya hingga ke tahap ini.
Selain aktiviti santai, makan malam besar bertemakan “HAWAIAN” juga diadakan pada malam tersebut. Pelbagai hidangan dan suasana yang hebat disajikan oleh pasukan program yang diketuai oleh Encik Edwin. Hadiah Utama Cabutan Bertuah TV LED PANASONIC 40 ‘Inchi menanti kakitangan yang bertuah pada malam itu. W Apa lagi yang ingin dilihat? Ianya adalah malam yang menyeronokkan buat kami semua. Menurut Pengurus Jualan dan Pemasaran, “Hari Keluarga GIVI sangat menyeronokkan, dimana hari-hari mereka disini disi dengan pelbagai aktiviti, hadiah, hidangan yang baik serta menarik buat seluruh warga kerja GIVI. Tambahannya lagi, Hari ini tidak akan berlancar tanpa usaha kakitangan kami sendiri bagi memastikan program ini adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan”!
“LOST WORLD OF TAMBUN” pastinya tempat untuk menghilangkan segala penat lelah di dalam ketenangan alam dan meneroka diri di syurga keseronokan. Percutian secara singkat menanti anda di sana… Suasana ini akan lebih baik dari kehidupan bandar yang sibuk! Akhir kata, “GIVIANS” ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas hari keluarga yang istimewa ini! Nantikan berita hebat seterusnya dari kami! Sehingga itu, Mari bekerjasama dan mencipta satu lagi kejayaan untuk GIVI! ‘CI VEDIAMO, CIAO!’ Dengan kata lain, Sampai jumpa, Bye!