BOKS SIMPANAN GIVI B45NM “ATLAS” MONOLOCK TOP CASE

Generasi boks simpanan baru untuk semua
Boks simpanan motosikal bersaiz maxi merupakan boks yang sangat praktikal kerana anda boleh membawa hampir kesemua barangan anda sekali gus dalam satu masa. Ia menjadikannya satu-satunya pilihan ideal buat motosikal tunggangan harian mahupun penggembaraan. Oleh itu, kami telah tampil dengan boks simpanan terbaru GIVI B45NM “Atlas”.
B33NM merupakan evolusi B32N “Bold”, manakala B45NM ialah evolusi E43 “Mulebox” yang sangat popular dan menjadi pilihan ramai.
CIRI-CIRI UTAMA:
- Ukuran kapasiti 45 liter.
- Boleh menampung berat muatan sehingga 5Kg. (Bergantung pada jenis rak motosikal).
- Boleh memuatkan 2 buah topi keledar “Full-Face” selain daripada barangan kecil.
- Terbukti selamat dengan sistem penguncian GIVI Micro 3.
- Cengkerang yang diperbuat daripada proprietary polypropylene (PP) yang tahan lama dan kukuh.
- Ujian UV telah dilakukan ke atas bahan tersebut dan nyata ianya tidak pudar.
- Sisipan prismatik reflektif untuk tahap penglihatan yang tinggi.
PENGALAMAN KEPENGGUNAAN:
Boks simpanan GIVI B45NM “Atlas” direka khas buat penunggang yang gemar dan kerap membawa barangan yang banyak, tidak kira sama ada perjalanan harian ke tempat kerja ataupun tidak. Ianya boleh memuatkan 2 buah topi keledar “Full-Face” bersama-sama dengan baju hujan dan barangan kecil yang lain. Ukuran yang lebar dan luas, pengguna juga boleh membawa beg komputer riba dengan komputer riba berukuran 15 inci.
Lengkukkan di penjuru pada cengkerang menyebabkan sedikit pergolakan udara untuk kestabilan motosikal serta penjimatan bahan api. Mereka juga menjadikan bekas itu kelihatan tidak terlalu besar, oleh itu ianya sesuai untuk motosikal yang lebih kecil.
Dilengkapi dengan Sistem penguncian Mikro 3 yang mudah dan selamat terletak dirak motosikal anda. Ianya juga membolehkan pengasingan pantas apabila penunggang ingin menanggalkan boks simpanan tersebut. Jenis sistem kunci keselamatan ini telah terbukti selama bertahun-tahun lamanya.
Tambahan lagi, kegunaan getah kedap EPDM, yang diletakkan di tepi kedua-dua bahagian cengkerang boks. Pengedap ini menjadikan boks simpanan tahan lasak, kalis air dan udara.
Jadi, jika anda mahukan boks simpanan yang tidak terlalu kecil atau besar, pilihlah GIVI B45NM ATLAS MONOLOCK TOPCASE.
Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI