GIVI Asia Sdn Bhd
  • E-Katalog
    • Close
    • CATALOGUE-2021_UPDATE
  • Distribusi
  • Profil Korporat
    • Close
    • Korporat
      • Profil Syarikat
      • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
      • VISI & MISI
      • Makmal Techno R&D
      • Peluang Pekerjaan
      • Hubungi Kami
    • Komunikasi
      • Buletin
      • Program & Aktiviti
      • Galeri
      • Blog
  • Bilik Pameran Maya
    • BM
      • EN (English)
    • Close
  • Produk
    • Close
    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal
  • Kustom
  • Blog
  • Daftar Waranti

Blog

Laman Utama / Blog / BAJU HUJAN GIVI RRS08.AX RIDER TECH

BAJU HUJAN GIVI RRS08.AX RIDER TECH

10 Mac 2022 Blog [Sassy_Social_Share]

Seleksi baru baju hujan GIVI !

Pakaian hujan GIVI mungkin merupakan peralatan kalis hujan yang paling dikenali dan kelihatan di jalanan, sehinggakan pemandu kereta pun menyedarinya.

Populariti tersebut merupakan bukti kepakaran GIVI dalam menghasilkan baju hujan terbaik di pasaran. Ia sesuatu yang baik kerana cuaca di Malaysia sering bertukar dari cerah kepada ribut hujan hanya dalam sekelip mata, tidak kira musim tengkujuh atau sebaliknya.

Kami sentiasa mengemaskini rangkaian pakaian hujan GIVI bagi menghasilkan produk yang lebih baik untuk para penunggang motosikal. Contohnya ialah baju hujan GIVI RRS08.AX RIDER TECH baharu ini, yang diperbaharui daripada model RRS07 sebelumnya.

CIRI-CIRI:
• Jaket dengan lubang di bahagian atas belakang.
• Pergelangan tangan, pinggang dan kaki seluar boleh laras.
• Seluar pinggang dan pergelangan tangan yang elastik.
• Perkataan dan panel relefktif untuk penglihatan dan keselamatan.
• Beg Drawstring turut disertakan.
• Terdapat 2 pilihan warna iaitu Biru Laut/Hitam dan Merah/Hitam.
• Saiz dari S hingga 3XL.

PENGALAMAN KEPENGGUNAAN:

Baju hujan RRS08.AX RIDER TECH merupakan baju hujan yang lembut dan breathable, tetapi sangat berkesan untuk mengekalkan keselesaan pada tahap yang maksimum.

Baju hujan ini mempunyai panel lipatan yang besar di bahagian hadapan dan diikat dengan Velcro yang kuat untuk mengelakkan hujan memasuki melalui zip. Fungsi pinggang boleh laras memastikan anda boleh mengubah mengikut kesesuaian anda untuk mengelakkan jaket daripada berkepak ditiup angin. Seluar pula mempunyai panel Velcro yang kuat untuk menutup bukaan.

Bercakap mengenai bukaan kaki seluar, ia cukup besar untuk memudahkan pemakai menarik seluar tanpa menanggalkan kasut mereka.

Panel pemantul pada baju hujan sangat berfungsi untuk memastikan anda selamat dan kekal selesa walaupun dalam hujan.

Kunjungi GIVI Point atau pengedar sah kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.

BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI

Archives

 Back to Archive

Langgan
Buletin

    Produk

    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal

    Syarikat

    • Profil Syarikat
    • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
    • VISI & MISI
    • Makmal Techno R&D
    • Peluang Pekerjaan
    • Hubungi Kami

    Komunikasi

    • Buletin
    • Program & Aktiviti
    • Galeri
    • Blog

    Muat Turun

    • Katalog
    • Motosikal Kustom
    • Jejak Kami
    • Laman Peta

    • Facebook
    • Instagram
    Copyright © 2023 GIVI Asia Sdn Bhd 199201022363 (253867-M). All rights reserved.
    TERMA & SYARAT WARANTI

    Terima kasih kerana telah membeli produk daripada GIVI. Semua produk GIVI adalah dijamin pembuatannya dalam sesuatu tempoh* (Sila lihat kategori khusus di bawah, bermula dari tarikh pembelian).

    KOTAK SIMPANAN – 2 TAHUN WARANTI

    RAK MOTOSIKAL – 1 TAHUN WARANTI

    TOPI KELEDAR – 1 TAHUN WARANTI

     

    PERUNTUKAN WARANTI:

    • Jika terbukti rosak dalam tempoh jaminan dari tarikh pembelian, produk ini akan dibaiki atau diganti, tertakluk kepada keputusan GIVI.
    • Waranti adalah sah untuk : –
      • Penggantian komponen yang dianggap rosak oleh pengedar tempatan.
      • Sekiranya berlaku kerosakan, jaminan melindungi komponen yang didapati rosak dan bukan keseluruhan produk.
      • Jaminan hanya diguna pakai jika produk telah digunakan dan diselenggarakan mengikut garis panduan pengilang.
      • Waranti hanya diguna pakai jika rak GIVI digunakan dengan Kotak Simpanan GIVI. Pengilang tidak akan bertanggungjawab jika kotak simpanan daripada jenama lain dipasangkan pada produk GIVI.
    • Waranti TIDAK meliputi: –
      • Butiran mengenai terma & syarat waranti ini diubah dalam apa jua cara sekalipun.
      • Produk yang TIDAK digunakan secara normal daripada tujuan asalnya atau disebabkan arahan operasi telah rosak sewaktu dalam perjalanan atau disebabkan cara pengendalian yang kasar atau disalahgunakan.
      • Kerosakan akibat kemalangan, kecuaian atau haus dan lusuh am.
      • Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada produk kimia berbahaya.
      • Kecacatan atau kerosakan disebabkan berdekatan dengan sumber haba, termasuk penyenyap motosikal, atau akibat penggunaan pelarut atau bahan lain.
      • Produk sedang dibaiki, dirosakkan, atau diubah suai dalam apa jua cara oleh orang atau juruteknik yang tidak bertauliah.
      • Kotak simpanan GIVI telah dipasang tanpa menggunakan Sistem Rak motosikal GIVI yang betul dan asli.
      • Perubahan pada bahan atau warna akibat pendedahan berpanjangan dan terus kepada cahaya matahari. Cat dan bahan warna neon secara semula jadi akan pudar lebih cepat daripada warna standard.
    • Perkhidmatan waranti hanya ditawarkan apabila Borang Pendaftaran Waranti dengan resit pembelian yang sah dikemukakan kepada perkhidmatan pelanggan GIVI melalui www.givi.com.my. Peniaga akan mengeluarkan borang prosedur tuntutan dan mengembalikan produk kepada GIVI.
    • GIVI akan berusaha sedaya upaya untuk membaiki produk secepat mungkin, namun kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam menservis atas sebab di luar kawalan atau mana-mana pengedar sahnya.

     

    MAKLUMAT PENTING SISTEM RAK MOTOSIKAL GIVI:

    Untuk melindungi pengguna dan mengelakkan kerosakan pada struktur asal motosikal, kami ingin menegaskan perkara berikut. Produk kami adalah hasil pemasangan pelbagai komponen. Oleh itu, titik dan lengkungan yang dikimpal, serta casis motosikal yang berbeza boleh menyebabkan kesukaran pemasangan. Untuk prosedur pemasangan yang betul, kami mencadangkan anda bergantung pada mereka yang berkelayakan dan memeriksa dengan teliti bahawa komponen kit tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal (Rangka, Penyenyap, Penyerap Hentakan, dsb.). Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan yang salah berikutan pemasangan yang tidak sesuai oleh orang atau mekanik yang tidak berkelayakan. Waranti melindungi secara eksklusif penggantian atau barangan daripada rangkaian produk, yang akan mengemukakan kecacatan sebelum pemasangan akhir.

    Urutan pemasangan yang dicadangkan:-

      • Padankan penyokong dan skru kit (tanpa mengetatkannya) mengikut urutan yang dicadangkan dalam arahan pemasangan.
      • Betulkan kedudukan pemasangan semua alatan dan pastikan ia tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal.
      • Ketatkan skru secara berurutan dan periksa ketengangannya secara berkala.
      • Sekiranya kit tidak lengkap atau anda mendapati terdapat komponen yang rosak, jangan ragu untuk menghubungi pengedar anda atau terus dengan pengeluar. Sila elakkan menggunakan bahagian yang tidak sesuai.
    • Laman Utama
    • Profil Syarikat
    • Produk
      ▼
      • Kotak Simpanan
      • Beg Motosikal
      • Topi Keledar
      • Pakaian Kalis Hujan
      • Aksesori Keselamatan & Teknikal
    • Virtual Showroom
    • Customize
    • Blog
    • Pendaftaran Waranti
    • Distribusi
    • BM
      • EN (English)