KETIDAKSEMPURNAAN BUKANLAH PENGHALANG – GIVI BERSAMA ANDA!
16 SEPTEMBER 2018
16 Sept 2018 merupakan hari bersejarah buat rakyat Malaysia dan ianya juga sambutan yang berganda buat Encik Santana Dass, kerana pada tarikh ni juga beliau telah memulakan perjalanan penggembaaran motosikal mengelilingi dunia dengan menunggang ‘YAMAHA R25’. Ini adalah perjalanan khas untuk GIVI juga kerana anak muda Malaysia ini adalah orang yang sangat berani akan menempuh cabaran untuk menunggang motosikal ke tiga negara dengan satu tangannya. Tanpa ragu, perjalanan solo selama 14 hari membuka jalan baru bagi komuniti warga istimewa seperti ini untuk mengejar impian.
Majlis pelepasan telah berlangsung di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang dan GIVI telah menyaksikannya dengan bangga pada hujung minggu lalu. Sebagai sokongan moral kami, GIVI juga menaja penunggang ini dengan peralatan menunggang dan keselamatan seperti X.01 Tourer Helmet, MULEBOX E43NTL-ADV, baju hujan, sarung tangan, beg kargo, dan beg tangki. Kami berdiri dengan bangga, ketika Jalur Gemilang dilambaikan pada hari yang penuh bermakna ini! Pada Hari Malaysia yang istimewa ini, anak kelahiran Malaysia telah berlepas untuk mencapai cita-citanya.
Sebelum pergi, Santana empat ameninggalkan pesanan yang bermakna, di mana dia berkata bahawa, “Kecacatan bukanlah penghalang untuk melakukan benda ayang mustahil dan apa yang benar-benar penting adalah semangat dan perancangan untuk melakukannya” Di sini juga dinyatakan bahawa dia telah mengajukan permohonan untuk tampil di ‘Malaysia Book of Record and Guinness World Records’ di bawah kategori “Pencapaian Manusia” sebagai “Menunggang Motosikal Tangan Satu Jarak Jauh Jauh”. Semoga impian anda menjadi kenyataan tidak lama lagi!
Sekali lagi, GIVI mendoakan perjalanan yang selamat untuk perjalanan sejauh 5922 km! Hingga saat ini, semua yang terbaik, Encik Santana Dass! ‘Terokai & Nikmati’ dengan GIVI