GIVI Asia Sdn Bhd
  • E-Katalog
    • Close
    • CATALOGUE2025
  • Profil Korporat
    • Close
    • Korporat
      • Profil Syarikat
      • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
      • VISI & MISI
      • Makmal Techno R&D
      • Peluang Pekerjaan
      • Hubungi Kami
    • Komunikasi
      • Buletin
      • Program & Aktiviti
      • Galeri
      • Blog
  • Bilik Pameran Maya
    • BM
      • EN (English)
    • Close
  • Distribusi
  • Produk
    • Close
    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal
  • Motosikal Saya
  • Buletin
  • Daftar Waranti

Blog

Laman Utama / Blog / SOLUSI YANG MUDAH UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL

SOLUSI YANG MUDAH UNTUK PENUNGGANG MOTOSIKAL

14 Mac 2022 Blog, [Sassy_Social_Share]

Kita mungkin membuat perancangan yang terbaik tetapi seperti yang disebut dalam “undang-undang Murphy,” apa-apa yang boleh menjadi buruk tetap akan menjadi buruk. Ia boleh berlaku apabila kita bekerja, ketika kita makan, dan pastinya apabila kita menunggang. Pada masa inilah kita sedar bahawa kita patutnya lebih bersedia, namun benda-benda ini tidak pula menjadi apabila kita sudah bersedia, dan kembalilah kita ke apa yang dikatakan oleh Murphy tadi. Tetapi tidak usah risau kerana selalunya ada solusi yang mudah.

Berikut ialah beberapa petua mudah tentang cara membetulkan perkara yang tidak dijangka.

1. Tisu Basah

Sudah semestinya kita terdedah kepada persekitaran apabila menunggang. Ini bermakna motosikal kita mungkin terpercik dengan habuk, lumpur, bangkai serangga, tahi burung, dan sebagainya.

Tisu basah bayi menjadikannya lebih mudah untuk mengelapnya dan lebih lembut daripada cuba mengelap dengan kain basah, contohnya skrin atau pelana motosikal. Tisu basah juga cukup lembut untuk digunakan pada pakaian menunggang, samada ia dibuat daripada fabrik atau kulit.

Tisu basah mudah didapati hampir di mana-mana sahaja tetapi kami lebih gemar sediakan jenis anti-bakteria kerana ia boleh digunakan sebagai pengelap bahagian-bahagian badan.

2. Kasut basah? Masih ada kegunaan untuk suratkhabar

Kasut yang basah atau lembap adalah satu benda yang paling menjengkelkan dalam hidup, lebih-lebih lagi apabila anda perlu menunggang untuk beratus kilometer lagi di hadapan. Ambil surat khabar, bulatkan dan masukkan ke dalam kasut anda. Pastikan anda tukar dengan yang baru dan ianya akan kering selepas beberapa jam. Anda juga boleh menggunakan tuala dapur (kertas tisu besar itu).

Solusi terbaik ialah tidak membenarkan kasut kita jadi basah dari awal lagi dengan menyarungkan GIVI SC02 Shoe Cover. Ia ibarat baju hujan untuk kasut kita.

3. Tali pengikat/jaring kargo tambahan

Sebaiknya-baiknya kita membawa tali pengikat yang bergetah atau jaring kargo/jaring helmet tambahan sentiasa. Kita  boleh menggunakannya untuk mengikat bahagian yang longgar, atau bagi membawa barangan tambahan yang tidak dijangka seperti buah tangan.

GIVI menawarkan beberapa jenis tali pengikat dan jaring kargo bagi kegunaan serta saiz yang berlainan. Anda boleh membelinya di GIVI Point mahupun di pengedar barangan GIVI.

4. Jangan ke mana-mana, ya

Bosan membawa helmet anda ke sana sini ketika sampai di destinasi anda?

Cara membawa helmet yang paling baik ialah dengan beg yang helmet yang disediakan apabila membelinya. Tetapi kami faham bahawa bukan semua penunggang membawa beg itu bersamanya. Perbuatan mengikat tali dagu helmet kepada cangkuk bawah pelana pula merbahaya kerana pencuri akan memotong tali tersebut.

Ada satu cara yang mudah bagi anda yang memakai helmet jenis muka penuh (full-face). Dapatkan kunci jenis kabel atau rantai seperti GIVI TL13 atau TL14, dan gulungkannya melalui suatu tempat motosikal anda yang tidak boleh dialihkan serta melalui pelindung helmet, dan kunci.

Tetapi ingat, tiada solusi mengunci yang 100% selamat, jadi janganlah letak helmet anda di atas motosikal anda untuk jangkamasa yang panjang. Selain daripada itu, letaklah motosikal anda di tempat yang selamat dan tidak terselindung.

5. Pengikat Kabel

Berkenaan solusi yang mudah, pengikat kabel merupakan barangan yang paling berguna. Seseorang yang sentiasa siap sedia dengan pengikat kabel boleh membaikki hampir semua benda. Bahagian yang terjatuh, bahagian yang longgar, bahagian yang terbelah, apa sahaja bahagian. Jadi, beli sendiri satu bekas dan simpan di bawah tempat duduk atau dalam pembawa bagasi anda.

6. Letak dalam beg kalis air

Ruang alat di bawah tempat duduk motosikal biasanya tidak kalis air. Anda mungkin akan mendapati alat-alat anda dilitupi dengan habuk, tanah dan pasir, sehingga mereka kelihatan seperti penemuan barang purba.

Dapatkan pouch beg atau beg kalis air, kemudian letakkan alat-alat, pengikat kabel atau apa sahaja yang anda ada ke dalamnya. Lebih baik lagi, simpan paket gel silika yang disertakan dengan kantung di sana juga, untuk menyerap kelembapan.

Terdapat banyak model beg kalis air daripada GIVI jadi pilihlah mana yang paling berguna.

7. Penjejak kaki

Berapa kali anda telah menjumpai parkir yang cantik (seperti di tepi pantai) tetapi tanah di bawahnya basah dan kaki motosikal akan terbenam? Malah permukaan jalan bertar juga menjadi sangat lembut di bawah bahang yang panas. Semestinya anda tidak mahu kembali ke motosikal yang telah tertumbang.

Anda boleh kemekkan tin minuman ringan dan letakkannya di bawah kaki motosikal.

Untuk solusi jangkamasa panjang dan lebih praktikal, anda boleh memasang GIVI Foot Extender pada kaki motosikal anda. Ia boleh didapati dalam berbagai model untuk motosikal-motosikal berlainan.

8. Pemanas Mudah Alih

Anda telah memakai sarung tangan Hevik yang terbaharu tetapi ia basah? Enjin motosikal moden menghasilkan banyak haba memandangkan kapasiti yang kecil menghasilkan tork dan kuasa kuda (horsepower) yang tinggi. Anda boleh menggunakan haba itu untuk mengeringkan sarung tangan atau stoking anda dengan meletakkan barang basah tadi pada bahagian enjin.

Penutup

Itulah beberapa tip dan solusi yang mudah bagi anda. Teruskan bersama kami kerana kami akan mengemukakan banyak lagi idea dan tip untuk keseronokan gaya hidup bermotoskal anda.

Arkib

Kembali ke Arkib

Langgan
Buletin

    Produk

    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal

    Syarikat

    • Profil Syarikat
    • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
    • VISI & MISI
    • Makmal Techno R&D
    • Peluang Pekerjaan
    • Hubungi Kami

    Komunikasi

    • Buletin
    • Program & Aktiviti
    • Galeri
    • Blog

    Muat Turun

    • Katalog
    • Motosikal Kustom
    • Jejak Kami
    • Laman Peta

    • Facebook
    • Instagram
    Copyright © 2025 GIVI Asia Sdn Bhd 199201022363 (253867-M). All rights reserved.
    • Laman Utama
    • Profil Syarikat
    • Produk
      ▼
      • Kotak Simpanan
      • Beg Motosikal
      • Topi Keledar
      • Pakaian Kalis Hujan
      • Aksesori Keselamatan & Teknikal
    • Virtual Showroom
    • Customize
    • Blog
    • Pendaftaran Waranti
    • Distribusi
    • BM
      • EN (English)
    TERMA & SYARAT WARANTI

    Terima kasih kerana telah membeli produk daripada GIVI. Semua produk GIVI adalah dijamin kerosakan pengeluaran dalam tempoh satu tahun (kecuali kotak simpanan, yang dijamin selama 2 tahun).

    PERUNTUKAN WARANTI:

    • Jika terbukti rosak dalam tempoh jaminan dari tarikh pembelian, produk ini akan dibaiki atau diganti, tertakluk kepada keputusan GIVI.
    • Waranti adalah sah untuk : –
    • Penggantian komponen yang dianggap rosak oleh pengedar tempatan.
    • Sekiranya berlaku kerosakan, jaminan melindungi komponen yang didapati rosak dan bukan keseluruhan produk.
    • Jaminan hanya diguna pakai jika produk telah digunakan dan diselenggarakan mengikut garis panduan pengilang.
    • Waranti hanya diguna pakai jika rak GIVI digunakan dengan Kotak Simpanan GIVI. Pengilang tidak akan bertanggungjawab jika kotak simpanan daripada jenama lain dipasangkan pada produk GIVI.
    • Waranti TIDAK meliputi: –

    – Butiran mengenai terma & syarat waranti ini diubah dalam apa jua cara sekalipun.

    – Produk yang TIDAK digunakan secara normal daripada tujuan asalnya atau disebabkan arahan operasi telah rosak sewaktu dalam perjalanan atau disebabkan cara pengendalian yang kasar atau disalahgunakan.

    – Kerosakan akibat kemalangan, debu persekitaran kecuaian atau haus dan lusuh am.

    – Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada produk kimia berbahaya.

    – Kecacatan atau kerosakan disebabkan berdekatan dengan sumber haba, termasuk penyenyap motosikal, atau akibat penggunaan pelarut atau bahan lain.

    – Produk sedang dibaiki, dirosakkan, atau diubah suai dalam apa jua cara oleh orang atau juruteknik yang tidak bertauliah.

    – Kotak simpanan GIVI telah dipasang tanpa menggunakan Sistem Rak motosikal GIVI yang betul dan asli.

    – Perubahan pada bahan atau warna akibat pendedahan berpanjangan dan terus kepada cahaya matahari. Cat dan bahan warna neon secara semula jadi akan pudar lebih cepat daripada warna standard.

    • Perkhidmatan waranti hanya ditawarkan apabila Borang Pendaftaran Waranti dengan resit pembelian yang sah dikemukakan kepada perkhidmatan pelanggan GIVI melalui www.givi.com.my. Peniaga akan mengeluarkan borang prosedur tuntutan dan mengembalikan produk kepada GIVI.
    • GIVI akan berusaha sedaya upaya untuk membaiki produk secepat mungkin, namun kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam menservis atas sebab di luar kawalan atau mana-mana pengedar sahnya.

    MAKLUMAT PENTING SISTEM RAK MOTOSIKAL GIVI:

    Untuk melindungi pengguna dan mengelakkan kerosakan pada struktur asal motosikal, kami ingin menegaskan perkara berikut. Produk kami adalah hasil pemasangan pelbagai komponen. Oleh itu, titik dan lengkungan yang dikimpal, serta casis motosikal yang berbeza boleh menyebabkan kesukaran pemasangan. Untuk prosedur pemasangan yang betul, kami mencadangkan anda bergantung pada mereka yang berkelayakan dan memeriksa dengan teliti bahawa komponen kit tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal (Rangka, Penyenyap, Penyerap Hentakan, dsb.). Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan yang salah berikutan pemasangan yang tidak sesuai oleh orang atau mekanik yang tidak berkelayakan. Waranti melindungi secara eksklusif penggantian atau barangan daripada rangkaian produk, yang akan mengemukakan kecacatan sebelum pemasangan akhir.

    Urutan pemasangan yang dicadangkan:-

    • Padankan penyokong dan skru kit (tanpa mengetatkannya) mengikut urutan yang dicadangkan dalam arahan pemasangan.
    • Betulkan kedudukan pemasangan semua alatan dan pastikan ia tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal.
    • Ketatkan skru secara berurutan dan periksa ketengangannya secara berkala.
    • Sekiranya kit tidak lengkap atau anda mendapati terdapat komponen yang rosak, jangan ragu untuk menghubungi pengedar anda atau terus dengan pengeluar. Sila elakkan menggunakan bahagian yang tidak sesuai.