IM4U REACH OUT EVENT – ANITA YUSOF
IM4U REACH OUT EVENT – ANITA YUSOF
Pada 4 Mac lepas, kami telah dijemput untuk menyertai program “IM4U REACH OUT EVENT” yang bertempat di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi inspirasi kepada belia Malaysia dengan berkongsi pengalaman kejayaan mereka. Dan cuba teka? Duta GIVI, Anita Yusof telah terpilih sebagai salah seorang daripada mereka yang telah menempa kejayaan dan beliau merupakan tetamu jemputan untuk program tersebut. Sememangnya, kami sangat berbesar hati dan berbangga atas pencalonan ini! Jauh ke hadapan..GIVI dan Anita! Tahniah!
PROGRAM IM4U REACH OUT 2017 – Merupakan siri rancangan bual bicara interaktif yang disertai oleh tetamu jemputan di dalam dan luar negara. Objektif utamanya ialah untk memberi galakkan dan sifat sukarela di kalangan belia Malaysia. Ianya memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk meneroka benda baru dan belajar dari pengalaman para tetamu jemputan yang banyak memberi inspirasi kepada mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IM4U, Azlan Rudy Malik, program ini adalah “Membawa orang biasa daripada biasa menjadi luar biasa, berkongsi cerita mereka, dengan seba tertentu, untuk jadikan inspirasi buat belia di Malaysia.
Lebih daripada 800 orang pelajar berkumpul dan menyaksikan cerita kejayaan tersebut di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Antara tetamu kehormat yang ada ialah YM TENGKU DATO SRI ZAFRUL AZIZ; CEO Kumpulan CIMB, KAVIN JAY; MALAYSIAN STAND-UP COMEDIAN, AY PYRO; MALAYSIAN MMA FIGHTER dan Duta GIVI, ANITA YUSOF.
Sepanjang program ini, kami diberi peluang untuk beramah mesra Bersama para peminat Anita Yusof. Walaupun ada sesetengah daripada mereka, tidak mengenali beliau, tetapi kebanyakkan daripada mereka sangat terhibur dan terinspirasi, dan terus menjadikan mereka peminat setelah perkongsian Anita Yusof mengenai penggembaraan beliau mengelilingi dunia. Ke semua para panel diberikan masa 20 minit untuk berucap dan disebabkan Anita Yusof merupakan tetamu istimewa, ucapan beliau adalah yang paling Panjang. Ianya sangat jelas, dimana cerita beliau telah menarik perhatian ramai remaja ketika itu! GIVI berharap pencapaian Anita Yusof dan program ini akan mejadi titik permulaan buat semua belia untuk maju ke hadapan dalam mengejar impian mereka. Dream harder givi menyokong anda! Ianya merupakan program yang hebat! Sehingga jumpa lagi CHIO!