BEG MOTOSIKAL (DALAMAN) GIVI T430

Mengatur barang simpanan anda dalam satu beg sahaja!
Mempunyai boks simpanan adalah salah satu penyelesaian paling praktikal untuk buat semua penunggang motosikal. GIVI melangkah ke hadapan dengan memperkenalkan kepada pengguna boks simpanan GIVI E43NTL untuk mengatur dan menyusun ruangan simpanan mereka dengan lebih teratur.
Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan beg motosikal (dalaman) GIVI T430.
CIRI-CIRI:
- Boleh dimasukkan dengan sempurna dalam boks simpanan GIVI E43NTL.
- Muatan kapasiti 42 liter.
- Pemisah kompartment di bahagian dalam.
- Rekaan yang diperbuat daripada proprietary polypropylene (PP) yang kukuh dan diyakni selamat.
- Pemegang pembawa ergonomic.
- Tali bahu.
PENGALAMAN KEPENGGUNAAN:
Menggunakan boks simpanan merupakan satu langkah yang baik bukan sahaja dapat meningkatkan kapasiti bawaan motosikal, tetapi ia juga menyediakan cara yang mudah untuk membawa barang-barang si penunggang.
Walau bagaimanapun, menyusun barang dalam boks simpanan, terutamanya boks simpanan bersaiz lebih besar boleh menjadi agak seram pada masa-masa tertentu. Kami biasanya memasukkan barang ke dalam beg yang bersaiz ganjil untuk boks simpanan. Akibatnya, beg mungkin terlalu kecil atau terlalu besar untuk boks simpanan itu. Selain itu, hanya barang-barang tertentu sahaja boleh dibawa ke dalam beg manakala yang lain di luar.
Anda kini boleh menghilangkan kegusaran anda kerana beg motosikal (Dalaman) GIVI E43NTL ini menyediakan cara untuk membawa semua barang anda dalam satu beg.
Beg motosikal T430 mempunyai kapasiti tampung sehingga 42 liter, membolehkan anda membawa semua barangan yang diperlukan semasa perjalanan. Selain itu, ia mempunyai pembahagi pemisah di bahagian dalam untuk membolehkan anda membawa barang yang berbeza di bahagian beg yang berbeza.
Ia mudah untuk dimasukkan dan di bawa keluar daripada boks simpanan untuk dibawa kerana ianya didatangkan dengan pemegang ergonomik dan tali bahu
Kunjungi GIVI Point atau pengedar sah kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini untuk lokasi terdekat anda. Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau
klik pautan ini untuk ke laman sesawang untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.
BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI