GIVI Asia Sdn Bhd
  • E-Katalog
    • Close
    • CATALOGUE2023
  • Profil Korporat
    • Close
    • Korporat
      • Profil Syarikat
      • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
      • VISI & MISI
      • Makmal Techno R&D
      • Peluang Pekerjaan
      • Hubungi Kami
    • Komunikasi
      • Buletin
      • Program & Aktiviti
      • Galeri
      • Blog
  • Bilik Pameran Maya
    • BM
      • EN (English)
    • Close
  • Distribusi
  • Produk
    • Close
    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal
  • Motosikal Saya
  • Buletin
  • Daftar Waranti

Beg galas

Laman Utama / Blog / BEG GALAS GIVI CIT01 CITY BACKPACK

BEG GALAS GIVI CIT01 CITY BACKPACK

10 Mac 2022 Beg galas, Beg galas GIVI, Beg galas GIVI CIT01 CITY BACKPACK, Beg GIVI, Beg GIVI CIT01 CITY BACKPACK, Blog, givi, GIVI Asia, GIVI Asia Sdn Bhd, GIVI Malaysia,
  • Beg galas bagi memenuhi gaya hidup penunggang motosikal.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri menarik.
  • Bergaya and praktikal buat anda !

Beg galas GIVI CIT01 CITY BACKPACK dicipta untuk penunggang motosikal , tetapi juga sangat praktikal untuk anda yang tidak menunggang motosikal.

CIRI-CIRI UTAMA:

  • Berukuran kapasiti 9 liter
  • Ruang utama kompartmen yang luas, dengan penutup bermagnet.
  • Terdapat zip di bahagian belakang memudahkan capaian akses computer riba anda .
  • Tali beg boleh laras dan tebal.
  • Tali pinggang paras dada yang tinggi serta boleh laras dengan sistem buckle “quick-release”.
  • Jaringan di belakang beg untuk pengudaraan yang baik dan kedudukan yang lebih selesa.
  • Poket laptop di bahagian dalam.
  • Poket untuk barangan kecil.
  • Jalur reflektif yang besar untuk penglihatan tambahan.
  • Padding dalaman dengan kain velvet merah yang mewah.
  • Sambungan USB luaran.
  • Pelindung hujan turut disediakan.

PENGALAMAN KEPENGGUNAAN:

Beg galas GIVI CIT01 CITY BACKPACK direka khas untuk penunggang motosikal yang sentiasa berada atau melalui jalan raya di persekitaran bandar. Bentuk yang padat, ianya menawarkan beberapa ruangan poket dan ruang penyimpanan untuk barang yang banyak.

Tampil dengan pelapik dalaman berwarna merah dengan permukaan lembut baldu mewah, ianya akan memberi simpanan yang kemas dan selamat buat komputer riba anda. Fungsi poket di belakang beg galas direka bagi memudahkan anda untuk mengambil computer riba melalui belakang.

Ciri lain adalah penyambung USB, yang membolehkan anda menyambung kabel powerbank anda di dalam beg dan sambungkan peranti di bahagian luar. Susunan sedemikian menghilangkan keperluan untuk anda memegang powerbank bersama-sama dengan telefon atau mengisinya di dalam poket anda.

Penutup hujan juga turut disediakan di dalam kantung luaran separuh tersembunyi. Ianya memudahkan pengguna menariknya dan menutup beg galas dengan cepat. Dengan warna kuning pendarfluor, ciri keselamatan dengan penglihatan tahap tinggi amat membantu penunggang motosikal ketika hujan.

Kunjungi GIVI Point atau pengedar sah kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini  untuk lokasi terdekat anda.  Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang  untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.

BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI

Arkib

Kembali ke Arkib

Langgan
Buletin

    Produk

    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal

    Syarikat

    • Profil Syarikat
    • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
    • VISI & MISI
    • Makmal Techno R&D
    • Peluang Pekerjaan
    • Hubungi Kami

    Komunikasi

    • Buletin
    • Program & Aktiviti
    • Galeri
    • Blog

    Muat Turun

    • Katalog
    • Motosikal Kustom
    • Jejak Kami
    • Laman Peta

    • Facebook
    • Instagram
    Copyright © 2023 GIVI Asia Sdn Bhd 199201022363 (253867-M). All rights reserved.
    TERMA & SYARAT WARANTI

    Terima kasih kerana telah membeli produk daripada GIVI. Semua produk GIVI adalah dijamin pembuatannya dalam sesuatu tempoh* (Sila lihat kategori khusus di bawah, bermula dari tarikh pembelian).

    KOTAK SIMPANAN – 2 TAHUN WARANTI

    RAK MOTOSIKAL – 1 TAHUN WARANTI

    TOPI KELEDAR – 1 TAHUN WARANTI

     

    PERUNTUKAN WARANTI:

    • Jika terbukti rosak dalam tempoh jaminan dari tarikh pembelian, produk ini akan dibaiki atau diganti, tertakluk kepada keputusan GIVI.
    • Waranti adalah sah untuk : –
      • Penggantian komponen yang dianggap rosak oleh pengedar tempatan.
      • Sekiranya berlaku kerosakan, jaminan melindungi komponen yang didapati rosak dan bukan keseluruhan produk.
      • Jaminan hanya diguna pakai jika produk telah digunakan dan diselenggarakan mengikut garis panduan pengilang.
      • Waranti hanya diguna pakai jika rak GIVI digunakan dengan Kotak Simpanan GIVI. Pengilang tidak akan bertanggungjawab jika kotak simpanan daripada jenama lain dipasangkan pada produk GIVI.
    • Waranti TIDAK meliputi: –
      • Butiran mengenai terma & syarat waranti ini diubah dalam apa jua cara sekalipun.
      • Produk yang TIDAK digunakan secara normal daripada tujuan asalnya atau disebabkan arahan operasi telah rosak sewaktu dalam perjalanan atau disebabkan cara pengendalian yang kasar atau disalahgunakan.
      • Kerosakan akibat kemalangan, kecuaian atau haus dan lusuh am.
      • Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada produk kimia berbahaya.
      • Kecacatan atau kerosakan disebabkan berdekatan dengan sumber haba, termasuk penyenyap motosikal, atau akibat penggunaan pelarut atau bahan lain.
      • Produk sedang dibaiki, dirosakkan, atau diubah suai dalam apa jua cara oleh orang atau juruteknik yang tidak bertauliah.
      • Kotak simpanan GIVI telah dipasang tanpa menggunakan Sistem Rak motosikal GIVI yang betul dan asli.
      • Perubahan pada bahan atau warna akibat pendedahan berpanjangan dan terus kepada cahaya matahari. Cat dan bahan warna neon secara semula jadi akan pudar lebih cepat daripada warna standard.
    • Perkhidmatan waranti hanya ditawarkan apabila Borang Pendaftaran Waranti dengan resit pembelian yang sah dikemukakan kepada perkhidmatan pelanggan GIVI melalui www.givi.com.my. Peniaga akan mengeluarkan borang prosedur tuntutan dan mengembalikan produk kepada GIVI.
    • GIVI akan berusaha sedaya upaya untuk membaiki produk secepat mungkin, namun kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam menservis atas sebab di luar kawalan atau mana-mana pengedar sahnya.

     

    MAKLUMAT PENTING SISTEM RAK MOTOSIKAL GIVI:

    Untuk melindungi pengguna dan mengelakkan kerosakan pada struktur asal motosikal, kami ingin menegaskan perkara berikut. Produk kami adalah hasil pemasangan pelbagai komponen. Oleh itu, titik dan lengkungan yang dikimpal, serta casis motosikal yang berbeza boleh menyebabkan kesukaran pemasangan. Untuk prosedur pemasangan yang betul, kami mencadangkan anda bergantung pada mereka yang berkelayakan dan memeriksa dengan teliti bahawa komponen kit tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal (Rangka, Penyenyap, Penyerap Hentakan, dsb.). Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan yang salah berikutan pemasangan yang tidak sesuai oleh orang atau mekanik yang tidak berkelayakan. Waranti melindungi secara eksklusif penggantian atau barangan daripada rangkaian produk, yang akan mengemukakan kecacatan sebelum pemasangan akhir.

    Urutan pemasangan yang dicadangkan:-

      • Padankan penyokong dan skru kit (tanpa mengetatkannya) mengikut urutan yang dicadangkan dalam arahan pemasangan.
      • Betulkan kedudukan pemasangan semua alatan dan pastikan ia tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal.
      • Ketatkan skru secara berurutan dan periksa ketengangannya secara berkala.
      • Sekiranya kit tidak lengkap atau anda mendapati terdapat komponen yang rosak, jangan ragu untuk menghubungi pengedar anda atau terus dengan pengeluar. Sila elakkan menggunakan bahagian yang tidak sesuai.
    • Laman Utama
    • Profil Syarikat
    • Produk
      ▼
      • Kotak Simpanan
      • Beg Motosikal
      • Topi Keledar
      • Pakaian Kalis Hujan
      • Aksesori Keselamatan & Teknikal
    • Virtual Showroom
    • Customize
    • Blog
    • Pendaftaran Waranti
    • Distribusi
    • BM
      • EN (English)