GIVI Asia Sdn Bhd
  • E-Katalog
    • Close
    • CATALOGUE-2021_UPDATE
  • Distribusi
  • Profil Korporat
    • Close
    • Korporat
      • Profil Syarikat
      • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
      • VISI & MISI
      • Makmal Techno R&D
      • Peluang Pekerjaan
      • Hubungi Kami
    • Komunikasi
      • Buletin
      • Program & Aktiviti
      • Galeri
      • Blog
  • Bilik Pameran Maya
    • BM
      • EN (English)
    • Close
  • Produk
    • Close
    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal
  • Kustom
  • Blog
  • Daftar Waranti

Blog

Laman Utama / Blog / BAGAIMANA UNTUK MEMBAWA BARANGAN YANG BANYAK UNTUK MOTOSIKAL ANDA

BAGAIMANA UNTUK MEMBAWA BARANGAN YANG BANYAK UNTUK MOTOSIKAL ANDA

08 Nov 2021 Blog [Sassy_Social_Share]

Kami akui, selain anda menunggang dengan berpakaian lengkap, ruang penyimpanan juga adalah penting untuk motosikal anda. Sesetengah motosikal tidak mempunyai ruangan simpanan yang cukup untuk barangan mereka.

Walau bagaimanapun, anda masih perlu membawa pelbagai barang semasa menggembara, sama ada untuk hujung minggu atau penggembaraan yang dalam tempoh yang lama. Berita baiknya ialah, GIVI mempunyai penyelesaian yang tepat untuk keperluan anda!

Kotak Simpanan Sisi

Kotak simpanan sisi GIVI telah dihasilkan dalam pelbagai jenis reka bentuk dan kapasiti. Anda boleh memilih sama ada yang diperbuat daripada Technopolymer atau aluminium. Pilihannya bergantung kepada jenis motosikal anda. Kotak simpanan sisi ini direka khas tahan lasak dan mudah untuk dikunci dengan selamat tanpa perlu anda risau barangan anda dicuri atau tercicir. Ia juga boleh ditanggalkan dan jadikannya seperti bagasi anda ketika sampai di destinasi anda.

Rangkaian beg sisi motosikal /panniers

Beg sisi motosikal sisi merupakan salah satu pilihan utama penunggang motosikal sporty, kerana saiznya yang kurang besar, boleh dilekatkan tanpa pendakap, dan mudah dipasang atau ditanggalkan dengan selamat.  Ianya juga boleh dikembangkan untuk barangan tambahan.

Kotak Simpanan / Boks Simpanan

GIVI adalah peneraju dalam pembuatan kotak simpanan Technopolymer dengan menawarkan pelbagai reka bentuk dan kapasiti yang berbeza. Pelbagai barangan boleh disimpan di dalam kotak simpanan ini antaranya ialah topi keledar (bergantung pada saiz), ditambah dengan barang-barang lain yang mudah dijangkau. Selain, Sistem penguncian yang selamat, ianya juga boleh mempunyai ciri tambahan seperti tahan cuaca dan tahan lasak.

Beg Tangki

Sama seperti bagasi lain, GIVI juga menawarkan beg tangki yang direka dalam pelbagai gaya bentuk dan saiz. Beg tangki yang paling besar boleh memuatkan kamera DSLR atau tablet. Variasi Tanklock membolehkan anda memasang beg dengan selamat ke tangki, sambil memudahkan penyingkiran dan pemasangan untuk mengisi bahan bakar di dalam tangki.

Beg Galas Belakang

Kami sangat memahami bahawa menggalas beg untuk perjalanan yang jauh akan membuatkan bahu anda berasa lenguh. Oleh itu, kami telah mengeluarkan beg galas belakang yang sesuai untuk kegunaan para penunggang. Dengan penggunaan tali strap anda boleh menyesuaikan diri anda mengikut keselesaan anda. Kami juga menghasilkan tali yang dapat mengikat beg galas belakang di tempat duduk belakang jika anda tidak mempunyai penumpang.  GIVI juga turut menawarkan beg galas kalis air buat penunggang motosikal.

Beg Motosikal yang lain-lain

GIVI juga menawarkan pelbagai rangkaian beg motosikal yang boleh dipasang pada mana2 bahagian motosikal seperti pada bar pelindungan enjin, tepat duduk belakang, dan rak bagasi di belakang. Sama seperti produk GIVI yang lain, beg motosikal ini semestinya tahan lama dan yakni mampu memberikan perkhidmatan yang boleh dipercayai selama bertahun-tahun.

Tali, tali bungee, Jaring Elastik Topi Keledar

Ini amat diperlukan untuk mana-mana penunggang, tanpa mengira jenis motosikal. Apa-apa jenis bagasi GIVI dioptimumkan untuk menggunakan tali, yang menjadikan hidup anda lebih mudah di jalan raya. Selain itu, tali boleh digunakan ketika waktu kecemasan.

 

Archives

 Back to Archive

Langgan
Buletin

    Produk

    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal

    Syarikat

    • Profil Syarikat
    • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
    • VISI & MISI
    • Makmal Techno R&D
    • Peluang Pekerjaan
    • Hubungi Kami

    Komunikasi

    • Buletin
    • Program & Aktiviti
    • Galeri
    • Blog

    Muat Turun

    • Katalog
    • Motosikal Kustom
    • Jejak Kami
    • Laman Peta

    • Facebook
    • Instagram
    Copyright © 2023 GIVI Asia Sdn Bhd 199201022363 (253867-M). All rights reserved.
    TERMA & SYARAT WARANTI

    Terima kasih kerana telah membeli produk daripada GIVI. Semua produk GIVI adalah dijamin pembuatannya dalam sesuatu tempoh* (Sila lihat kategori khusus di bawah, bermula dari tarikh pembelian).

    KOTAK SIMPANAN – 2 TAHUN WARANTI

    RAK MOTOSIKAL – 1 TAHUN WARANTI

    TOPI KELEDAR – 1 TAHUN WARANTI

     

    PERUNTUKAN WARANTI:

    • Jika terbukti rosak dalam tempoh jaminan dari tarikh pembelian, produk ini akan dibaiki atau diganti, tertakluk kepada keputusan GIVI.
    • Waranti adalah sah untuk : –
      • Penggantian komponen yang dianggap rosak oleh pengedar tempatan.
      • Sekiranya berlaku kerosakan, jaminan melindungi komponen yang didapati rosak dan bukan keseluruhan produk.
      • Jaminan hanya diguna pakai jika produk telah digunakan dan diselenggarakan mengikut garis panduan pengilang.
      • Waranti hanya diguna pakai jika rak GIVI digunakan dengan Kotak Simpanan GIVI. Pengilang tidak akan bertanggungjawab jika kotak simpanan daripada jenama lain dipasangkan pada produk GIVI.
    • Waranti TIDAK meliputi: –
      • Butiran mengenai terma & syarat waranti ini diubah dalam apa jua cara sekalipun.
      • Produk yang TIDAK digunakan secara normal daripada tujuan asalnya atau disebabkan arahan operasi telah rosak sewaktu dalam perjalanan atau disebabkan cara pengendalian yang kasar atau disalahgunakan.
      • Kerosakan akibat kemalangan, kecuaian atau haus dan lusuh am.
      • Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada produk kimia berbahaya.
      • Kecacatan atau kerosakan disebabkan berdekatan dengan sumber haba, termasuk penyenyap motosikal, atau akibat penggunaan pelarut atau bahan lain.
      • Produk sedang dibaiki, dirosakkan, atau diubah suai dalam apa jua cara oleh orang atau juruteknik yang tidak bertauliah.
      • Kotak simpanan GIVI telah dipasang tanpa menggunakan Sistem Rak motosikal GIVI yang betul dan asli.
      • Perubahan pada bahan atau warna akibat pendedahan berpanjangan dan terus kepada cahaya matahari. Cat dan bahan warna neon secara semula jadi akan pudar lebih cepat daripada warna standard.
    • Perkhidmatan waranti hanya ditawarkan apabila Borang Pendaftaran Waranti dengan resit pembelian yang sah dikemukakan kepada perkhidmatan pelanggan GIVI melalui www.givi.com.my. Peniaga akan mengeluarkan borang prosedur tuntutan dan mengembalikan produk kepada GIVI.
    • GIVI akan berusaha sedaya upaya untuk membaiki produk secepat mungkin, namun kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam menservis atas sebab di luar kawalan atau mana-mana pengedar sahnya.

     

    MAKLUMAT PENTING SISTEM RAK MOTOSIKAL GIVI:

    Untuk melindungi pengguna dan mengelakkan kerosakan pada struktur asal motosikal, kami ingin menegaskan perkara berikut. Produk kami adalah hasil pemasangan pelbagai komponen. Oleh itu, titik dan lengkungan yang dikimpal, serta casis motosikal yang berbeza boleh menyebabkan kesukaran pemasangan. Untuk prosedur pemasangan yang betul, kami mencadangkan anda bergantung pada mereka yang berkelayakan dan memeriksa dengan teliti bahawa komponen kit tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal (Rangka, Penyenyap, Penyerap Hentakan, dsb.). Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan yang salah berikutan pemasangan yang tidak sesuai oleh orang atau mekanik yang tidak berkelayakan. Waranti melindungi secara eksklusif penggantian atau barangan daripada rangkaian produk, yang akan mengemukakan kecacatan sebelum pemasangan akhir.

    Urutan pemasangan yang dicadangkan:-

      • Padankan penyokong dan skru kit (tanpa mengetatkannya) mengikut urutan yang dicadangkan dalam arahan pemasangan.
      • Betulkan kedudukan pemasangan semua alatan dan pastikan ia tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal.
      • Ketatkan skru secara berurutan dan periksa ketengangannya secara berkala.
      • Sekiranya kit tidak lengkap atau anda mendapati terdapat komponen yang rosak, jangan ragu untuk menghubungi pengedar anda atau terus dengan pengeluar. Sila elakkan menggunakan bahagian yang tidak sesuai.
    • Laman Utama
    • Profil Syarikat
    • Produk
      ▼
      • Kotak Simpanan
      • Beg Motosikal
      • Topi Keledar
      • Pakaian Kalis Hujan
      • Aksesori Keselamatan & Teknikal
    • Virtual Showroom
    • Customize
    • Blog
    • Pendaftaran Waranti
    • Distribusi
    • BM
      • EN (English)