GIVI Asia Sdn Bhd
  • E-Katalog
    • Close
    • CATALOGUE-2021_UPDATE
  • Distribusi
  • Profil Korporat
    • Close
    • Korporat
      • Profil Syarikat
      • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
      • VISI & MISI
      • Makmal Techno R&D
      • Peluang Pekerjaan
      • Hubungi Kami
    • Komunikasi
      • Buletin
      • Program & Aktiviti
      • Galeri
      • Blog
  • Bilik Pameran Maya
    • BM
      • EN (English)
    • Close
  • Produk
    • Close
    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal
  • Kustom
  • Blog
  • Daftar Waranti

Optional

Laman Utama / Blog / BOKS SIMPANAN GIVI B33NM “ATLAS” TOP CASE

BOKS SIMPANAN GIVI B33NM “ATLAS” TOP CASE

03 Jan 2022 Blog [Sassy_Social_Share]

Generasi Baharu Boks Simpanan Bersaiz Sederhana untuk Penggunaan Harian.

Boks simpanan sering dilihat untuk penggembaraan sahaja, tetapi sebenarnya mereka juga amat berguna dan penting untuk kegunaan harian anda. Walau bagaimanapun, saiz merupakan aspek utama untuk kegunaan harian. Boks simpanan yang bersaiz besar boelh memuatkan pelbagai barangan tetapi ianya juga mungkin terlalu lebar ketika anda menunggang motosikal di tengah jalan raya yang sesak. Boks simpanan bersaiz kecil pula, membolehkan anda untuk menunggang motosikal dengan mudah, tetapi mungkin ruang kapasiti penyimpanan anda tidak mencukupi.

Pada tahun 2017, GIVI telah melancarkan boks simpanan B32N “Bold” yang bersaiz sederhana dan reka bentuknya segi empat tepat.  Ianya memudahkan penunggang untuk menyimpan barang dengan lebih mudah.

Oleh itu, boks simpanan B33NM “Atlas” merupakan evolusi rangkaian B33 bold.

CIRI-CIRI UTAMA:

  • Kapasiti ruang penyimpanan 33 liter.
  • Boleh menampung berat muatan sehingga 5kg (bergantung pada jenis rak motosikal).
  • Boleh memuatkan sebuah helmet “Full-Face” dan juga tambahan barang-barang kecil yang lain.
  • Terbukti selamat dengan sistem penguncian GIVI Micro 3.
  • Cengkerang yang diperbuat daripada proprietary polypropylene (PP) yang tahan lama dan kukuh.
  • Ujian UV telah dilakukan ke atas bahan tersebut dan nyata ianya tidak pudar.
  • Sisipan prismatik reflektif untuk tahap penglihatan yang tinggi.

PENGALAMAN PENGGUNAAN:

Boks simpanan GIVI B33NM Atlas direka khas buat penunggang motosikal yang sering menunggang motosikal di Kawasan kota raya terutamanya, di samping boleh membawa barangan dengan selamat dengan tambahan reka bentuk reflector hadapan yang menyerlahkan lagi eksklusiviti boks simpanan tersebut.

Boks simpanan 33 liters ini boleh memuatkan sebuah helmet full-face atau dengan tambahan baju hujan dan beg galas belakang. Ianya masih mempunyai beberapa ruangan untuk barangan kecil.

Dilengkapi dengan Sistem penguncian Mikro 3 yang mudah dan selamat terletak dirak motosikal anda. Ianya juga membolehkan pengasingan pantas apabila penunggang ingin menanggalkan boks simpanan tersebut. Jenis sistem kunci keselamatan ini telah terbukti selama bertahun-tahun lamanya.

Tambahan lagi, kegunaan getah kedap EPDM, yang diletakkan di tepi kedua-dua bahagian cengkerang boks. Pengedap ini menjadikan boks simpanan tahan lasak, kalis air dan udara.

Jadi, jika anda mahukan boks simpanan yang sempurna buat anda, pilihlah GIVI B33NM ATLAS MONOLOCK TOPCASE.

Kunjungi GIVI Point dan pengedar sah terdekat kami untuk melihat produk dengan lebih dekat. Klik pautan ini  untuk lokasi terdekat anda.  Selain itu, anda juga boleh layari laman sosial Facebook rasmi kami atau klik pautan ini untuk ke laman sesawang  untuk maklumat lanjut berkenaan produk dan berita terkini.

BERBELANJALAH DENGAN BIJAK UNTUK PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI

Archives

 Back to Archive

Langgan
Buletin

    Produk

    • Kotak Simpanan
    • Beg Motosikal
    • Topi Keledar
    • Pakaian Kalis Hujan
    • Aksesori Keselamatan & Teknikal

    Syarikat

    • Profil Syarikat
    • Sejarah Penubuhan GIVI Asia
    • VISI & MISI
    • Makmal Techno R&D
    • Peluang Pekerjaan
    • Hubungi Kami

    Komunikasi

    • Buletin
    • Program & Aktiviti
    • Galeri
    • Blog

    Muat Turun

    • Katalog
    • Motosikal Kustom
    • Jejak Kami
    • Laman Peta

    • Facebook
    • Instagram
    Copyright © 2023 GIVI Asia Sdn Bhd 199201022363 (253867-M). All rights reserved.
    TERMA & SYARAT WARANTI

    Terima kasih kerana telah membeli produk daripada GIVI. Semua produk GIVI adalah dijamin pembuatannya dalam sesuatu tempoh* (Sila lihat kategori khusus di bawah, bermula dari tarikh pembelian).

    KOTAK SIMPANAN – 2 TAHUN WARANTI

    RAK MOTOSIKAL – 1 TAHUN WARANTI

    TOPI KELEDAR – 1 TAHUN WARANTI

     

    PERUNTUKAN WARANTI:

    • Jika terbukti rosak dalam tempoh jaminan dari tarikh pembelian, produk ini akan dibaiki atau diganti, tertakluk kepada keputusan GIVI.
    • Waranti adalah sah untuk : –
      • Penggantian komponen yang dianggap rosak oleh pengedar tempatan.
      • Sekiranya berlaku kerosakan, jaminan melindungi komponen yang didapati rosak dan bukan keseluruhan produk.
      • Jaminan hanya diguna pakai jika produk telah digunakan dan diselenggarakan mengikut garis panduan pengilang.
      • Waranti hanya diguna pakai jika rak GIVI digunakan dengan Kotak Simpanan GIVI. Pengilang tidak akan bertanggungjawab jika kotak simpanan daripada jenama lain dipasangkan pada produk GIVI.
    • Waranti TIDAK meliputi: –
      • Butiran mengenai terma & syarat waranti ini diubah dalam apa jua cara sekalipun.
      • Produk yang TIDAK digunakan secara normal daripada tujuan asalnya atau disebabkan arahan operasi telah rosak sewaktu dalam perjalanan atau disebabkan cara pengendalian yang kasar atau disalahgunakan.
      • Kerosakan akibat kemalangan, kecuaian atau haus dan lusuh am.
      • Kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada produk kimia berbahaya.
      • Kecacatan atau kerosakan disebabkan berdekatan dengan sumber haba, termasuk penyenyap motosikal, atau akibat penggunaan pelarut atau bahan lain.
      • Produk sedang dibaiki, dirosakkan, atau diubah suai dalam apa jua cara oleh orang atau juruteknik yang tidak bertauliah.
      • Kotak simpanan GIVI telah dipasang tanpa menggunakan Sistem Rak motosikal GIVI yang betul dan asli.
      • Perubahan pada bahan atau warna akibat pendedahan berpanjangan dan terus kepada cahaya matahari. Cat dan bahan warna neon secara semula jadi akan pudar lebih cepat daripada warna standard.
    • Perkhidmatan waranti hanya ditawarkan apabila Borang Pendaftaran Waranti dengan resit pembelian yang sah dikemukakan kepada perkhidmatan pelanggan GIVI melalui www.givi.com.my. Peniaga akan mengeluarkan borang prosedur tuntutan dan mengembalikan produk kepada GIVI.
    • GIVI akan berusaha sedaya upaya untuk membaiki produk secepat mungkin, namun kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan dalam menservis atas sebab di luar kawalan atau mana-mana pengedar sahnya.

     

    MAKLUMAT PENTING SISTEM RAK MOTOSIKAL GIVI:

    Untuk melindungi pengguna dan mengelakkan kerosakan pada struktur asal motosikal, kami ingin menegaskan perkara berikut. Produk kami adalah hasil pemasangan pelbagai komponen. Oleh itu, titik dan lengkungan yang dikimpal, serta casis motosikal yang berbeza boleh menyebabkan kesukaran pemasangan. Untuk prosedur pemasangan yang betul, kami mencadangkan anda bergantung pada mereka yang berkelayakan dan memeriksa dengan teliti bahawa komponen kit tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal (Rangka, Penyenyap, Penyerap Hentakan, dsb.). Kami tidak akan bertanggungjawab untuk kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan yang salah berikutan pemasangan yang tidak sesuai oleh orang atau mekanik yang tidak berkelayakan. Waranti melindungi secara eksklusif penggantian atau barangan daripada rangkaian produk, yang akan mengemukakan kecacatan sebelum pemasangan akhir.

    Urutan pemasangan yang dicadangkan:-

      • Padankan penyokong dan skru kit (tanpa mengetatkannya) mengikut urutan yang dicadangkan dalam arahan pemasangan.
      • Betulkan kedudukan pemasangan semua alatan dan pastikan ia tidak mengganggu atau bersentuhan dengan bahagian asal motosikal.
      • Ketatkan skru secara berurutan dan periksa ketengangannya secara berkala.
      • Sekiranya kit tidak lengkap atau anda mendapati terdapat komponen yang rosak, jangan ragu untuk menghubungi pengedar anda atau terus dengan pengeluar. Sila elakkan menggunakan bahagian yang tidak sesuai.
    • Laman Utama
    • Profil Syarikat
    • Produk
      ▼
      • Kotak Simpanan
      • Beg Motosikal
      • Topi Keledar
      • Pakaian Kalis Hujan
      • Aksesori Keselamatan & Teknikal
    • Virtual Showroom
    • Customize
    • Blog
    • Pendaftaran Waranti
    • Distribusi
    • BM
      • EN (English)