5 TIP GIVI UNTUK KEKAL SELESA KETIKA MENUNGGANG MOTOSIKAL DALAM CUACA PANAS

Cuaca Malaysia ketika ini telah memasuki kitaran hari panas semasa penulisan ini (bulan Mei). Menunggang motosikal dalam cuaca panas memberikan cabarannya yang tersendiri seperti lebih cepat dehidrasi, selain berasa mengantuk atau tidak selesa.
Kami harap petua-petua yang berikut dapat membuat anda kekal selesa.
1. Gunakan pakaian musim panas
Pakaian musim panas yang kami maksudkan bukan kemeja-T, seluar/skirt pendek, selipar dan tiada sarung tangan. Sebaliknya, kami maksudkan peralatan yang disesuaikan untuk menunggang motosikal dalam cuaca panas. Kita tiada pilihan selain menunggang dengan perlindungan penuh.
Topi keledar jenis jet (open-face) memberikan pengaliran udara paling baik tetapi helmet jenis muka penuh (full-face) memberikan perlindungan yang sebaiknya. Carilah helmet yang membolehkan aliran udara yang baik atau anda boleh buka visor helmet full-face anda sedikit untuk lebih banyak aliran udara.
Pakailah jaket fabrik yang berjaring (mesh) untuk aliran udara yang baik. Tetapi carilah jaket yang ada perisai (padding). Bagi baju pula, pakailah yang diperbuat daripada fabrik yang cepat menyerap peluh seperti DryFit. Anda boleh menukar pakaian kerja anda di tempat kerja anda.
Dalam subjek seluar, pakai seluar bergaris Kevlar dan berperisai. Seluar jeans – walaupun tebal – tidak melindungi daripada geseran dan hentaman. Kasut tunggangan boleh kelihatan seperti kasut kasut biasa atau kasut kerja, tetapi ada yang berperisai.
2. Minum banyak air!
Sebelum ini, kami selalu menulis tentang tentang kepentingan penghidratan terutamanya ketika menunggang motosikal dalam cuaca panas. Pening, sakit kepala, hilang tumpuan, mengantuk adalah tanda-tanda anda dehidrasi (kehilangan air di dalam badan).
Minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula. Minuman isotonik adalah baik, tetapi jangan diminum untuk mengantikan air. Jauhi minuman ringan kerana gula akan dehidrasi anda dengan lebih cepat! Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3.7 liter (untuk lelaki, 2.7 liter untuk wanita) setiap hari, jika tidak lebih. Cara paling mudah ialah menyimpan sebotol air di dalam boks simpanan/beg tangki GIVI anda.
3. Lembapkan baju
Tips ini amat berguna jika anda menunggang untuk jarak jauh di bawah matahari terik. Ingat baju serap peluh tadi? Basahkan dengan air, kemudian perah air yang berlebihan dan pakaikan. Baju yang lembap kini akan menarik haba daripada kulit anda. Selain itu, angin melalui jaket mesh anda akan menyejukkan badan anda anda rasa lebih segar.
4. Memakai bandana
Sama seperti baju yang lembap, basahkan bandana, dan ikat di leher anda. Caranya adalah untuk memastikan kawasan di bahagian belakang leher sejuk. Ya, percikan air di belakang leher juga akan menyejukkan anda dan menahan daripada sakit kepala.
Selain daripada itu, anda juga boleh membasahkan sarung kepala (bandana) dan pakai kerana ia akan menyejukkan muka dan atas kepala. Cara ini juga berkesan untuk menghalang kemasukan habuk dan gas ekzos kenderaan lain. Anda boleh mencuba sarung kepala GIVI TB03R or TB03B.
5. Cari jalan yang dilitupi pokok
Credit: lisd.org
Jalan raya yang dipenuhi dengan pokok-pokok jarang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada masa kini, tetapi ia masih wujud selagi kita tidak menggunakan lebuhraya. Jalan bertar sebenarnya menyerap haba yang dipancarkan kembali kepada keadaan persekitarannya. Ini lebih ketara di atas lebuhraya dengan jalan bertar yang berbaris-baris serta konkrit, dan tanpa tempat teduh. Sebaliknya, menunggang di atas jalan raya yang diliputi oleh hutan disekeliling kita akan membuat kita akan berasa lebih ceria.
PETUA BONUS!
Ya, kami faham cuaca sekarang sungguh panas tetapi iklim kita boleh hujan pada bila-bila masa, walaupun matahari masih terang-benderang. Oleh itu, bawalah baju hujan sekali. Anda boleh pilih daripada banjaran baju hujan GIVI yang luas.